Isnin, 8 Ogos 2011

SALING INGAT MENGINGATI SAJA

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang
tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia
berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar
dan dahaga sahaja yang didapatinya.”
(al-Bukhari)


Huraian
1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan
yang tidak baik) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala
puasa oleh Allah selain mendapat lapar dan dahaga sahaja.


2. Puasa yang paling bernilai di sisi Allah S.W.T. ialah puasa orang yang dapat
menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada
melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang
mereka berpuasa.


3. Maka amatlah malang dan ruginya bagi orang yang berpuasa, tetapi masih
mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor memaki hamun dan sebagainya,
sebagaimana biasa, sedangkan ia berpuasa, maka ia tidak mendapat apa-apa
kelebihan atau pahala di sisi Allah S.W.T bahkan mendapat dosa pula.
--



Tiada ulasan:

Catat Ulasan