Rabu, 2 Disember 2009

Nukilan Seorang hamba Allah yang ingin dikongsi bersama

Pada Aidiladha yang baru berlalu, kenyataan dan pendapat seseorang telah sekali lagi mengelirukan pemikiran umat Islam di negara ini dengan berkata dia akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan UMNO jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Kenyataan berbentuk ugutan kebudak-budakkan dibuat oleh ulamak politik Kelantan ini hanya pertikaian isu istilah wang ehsan dan ugutan ini juga dilihat semata-mata untuk mengalihkan pandangan masyarakat dari kemelut dalaman Pas yang semakin meruncing.

Beliau mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang yang lain


Dia juga dengan sombongnya berkata dia sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan kepada sesiapa yang mengingatkan dia bahawa perbuatan sedemikian adalah dilarang disisi Islam.


Berbeza pula dengan kenyataan balas tentang isu doa tersebut , Perdana Menteri memaparkan ketinggian budi pekerti sebagai pemimpin Islam yang berjiwa besar apabila berkata beliau tidak akan meminta yang berkenaan untuk meminta maaf kepadanya."Berbalah sesama sendiri merupakan sesuatu yang tidak diterima dalam Islam, begitu juga bila kita mengutuk orang lain tanpa asas".

Tindakan berhasrat untuk berdoa sedemikian juga bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam dan juga sunnah baginda Rasulullah SAW yang meminta kita mendoakan kebaikan kepada sesama muslim sebaliknya Baginda juga melarang sama sekali kita mendoakan kebinasaan kepada insan yang seagama dengan kita.


Dikalangan pemerhati tindakan sedemikian mencetuskan perpecahan dan juga menyemaikan sifat benci membenci dikalangan sesama muslim terutamanya bagi kalangan pemimpin.Sesungguhnya alangkah baiknya jika seseorang seperti beliau yang dianugerahkan Allah SWT mendalami ilmu agama yang bukan alang kepalang ini menyeru kearah kebaikan dan perpaduan kalangan umat islam.


Kepada mereka yang berpendirian seperti yang diperkatakan tersebut janganlah hendaknya sampai ada yang menyifatkan mereka seperti golongan Khawarij (Puak Khawarij pandai berpidato, lancar membaca ayat-ayat Al Quran , fasih membawakan hadis dan mudah memberi fatwa, tetapi menyelewengkan makna nas-nas Al Quran dan hadis.Tujuan mereka hanyalah mempengaruhi orang-orang jahil dan memenuhi kepentingan golongan yang mementingkan hawa nafsu.)


Semoga Allah SWT sentiasa menyelamatkan kemurniaan akidah orang-orang yang beriman serta dijauhkan dari penipuan dan putar-belit golongan Khawarij yang memperkenalkan diri mereka sebagai ulamak politik


Dan mudah-mudahan hidup kaum muslimin dan para pemimpin di negara ini akan senantiasa dibawah Arasy' Allah SWT


















Isnin, 16 November 2009

RESTUI KAMI UMAT MU YA RASULLULLAH SAW


Terdetik dalam hati alangkah bahagianya hamba Allah yang telah menyahut seruan 'haji' ....aku reda Ya Allah Engkau Maha Mengetahui rasanya tiada seorangpun hambaMu yang tidak menyemat niat untuk berkunjung ketanah suci tapi ENGKAU JUA YA ALLAH YA MAHA PENENTU ... aku berusaha dan smoga doa dan impian terlaksana.... bagi mereka yang telah berkunjung sahutlah seruanMU YA ALLAH!!!

Jumaat, 13 November 2009


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Orang Yang Baik Adalah
Orang Yang Pernah Melakukan Kesalahan & Belajar
Dari Kesalahan Itu Untuk Menjadi Orang Yang Lebih Baik