Khamis, 14 November 2013

Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk dikalangan penghasut dan memutuskan silatuirahim

Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk dikalangan 
penghasut dan memutuskan silatuirahim 

1. Ibu bapa yang mencampuri urusan perkahwinan anak-anaknya. Ibu bapa yang membenci menatu dan menyuruh anaknya memutuskan ikatan perkahwinan (bercerai). Sanggup menghasut dan memfitnah menantunya . Jika menantunya melakukan sesuatu perkara yang tidak syarak sepatutnya sebagai orang tua memberi nasihat dahulu sekiranya perkara tersebut tidak berhasil barulah jalan terakhir mengusulkan perceraian. Setengah kes orang tua yang fasik ini sanggup mengunakan khidmat bomoh untuk mengenakan sihir keatas menantunya. Golongan  ini adalah melakukan d dosa besar dan akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

2. Rakan sepejabat yang menghasut pegawai atasan untuk memfitnah dan menimbulkan kebencian supaya rakannya tidak mendapat kenaikan pangkat atau gaji. Golongan ini sentiasa memiliki perasaan hasad dengki ini  tidak merasai takut dengan azab Allah.

3. Dalam hidup berpoligami sering kita dengan isteri pertama membenci isteri kedua dan membuka rahsia suaminya dan membuat tuduhan kepada madunya dengan harapan untuk mendapat simpati daripada orang lain. Golongan ini jika tidak bertaubat dan  menempah dirinya dengan azab Allah s.w.t kerana ramai wanita memasuki Neraka adalah kerana menyakiti hati suami dan suka mengadu domba.

4. Pemimpin politik sering menyerang peribadi pemimpin lain (berbeza fahaman politik) dan menghasut rakyat supaya membenci musuh politiknya dengan tujuan untuk mendapat pengaruh dan sokongan murahan. Jika yang diceritakan itu tidak benar maka ianya menjadi fitnah dan akan berlakulah pergeseran dan pergaduhan sesama Muslim. Golongan ini di hari akhirat nanti amat mudah menjadi muflis kerana dosa 'kering'  yang dilakukan di dunia.

5. Permusuhan dan pulau memulau sesama jiran tetangga atau sekampung kerana berbeza pendapat.Perbezaan ini perlu di atasi supaya dapat mengwujudkan ikatan persaudaraan Islam . Kerana semua orang Muslim adalah bersaudara. Golongan ini jika dibiarkan akan menjadi barah kepada penyatuan umat Islam dan akan mengakibatkan Islam akan hilang kekuatannya.

6. Perselisihan sesama adik- beradik kerana pembahagiaan harta pusaka peninggalan orang tua. Tidak mahu bertolak ansur hingga mengakibatkan terputus dan terungkai ikatan silaturahim dan kasih sayang di antara ahli keluarga.  Golongan ke 6 ini amat sesuai dengan hadis Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa tidak akan masuk Syurga sesiapa yang memutuskan ikatan silaturahim.

Sahabat yang dikasihi, Marilah sama-sama kita menjaga akhlak dan peribadi kita untuk sentiasa menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Sifat suka penghasut, memecah belahkan perpaduan umat Islam, mengumpat, memfitnah dan memutuskan silaturahim adalah sifat-sifat mazmumah. Sifat ini  amat dibenci oleh Allah s.w.t. dan Nabi s.a.w sendiri memberi amaran keras kepada sesiapa yang hidupnya menyusahkan orang lain dan menimbulkan perpecahan sesama Muslim. Tidak ada tempat yang layak untuk mereka ini melainkan azab Neraka Jahanam.

Isnin, 11 November 2013

7 SUNNAH HEBAT

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Marilah kita amalkan sebaik mungkin .....Amin 

Isnin, 29 Julai 2013

FIKIRKANLAH WAHAI ANAK MELAYU

Perkukuh Matlamat Perjuangan

picasion.com_e66c00d92015d21627d143177cfd6144BARISAN NASIONAL (BN) tetap utuh dan teguh sebagai sebuah parti yang sememangnya kukuh dengan matlamat perjuangan, sebuah parti yang terbentuk bukan dalam tempoh sehari atau untuk memenangi pilihan raya sebaliknya kesungguhan demi kesejahteraan dan kesinambungan kemajuan berterusan.
Namun demikian, ada pihak yang sengaja menimbulkan pelbagai isu dan polemik berkaitan politik semasa termasuklah memperkatakan BN dengan pelbagai cerita negatif.
Sesungguhnya, tidak kiralah apa sahaja bentuk spekulasi, manipulasi dan provokasi yang dibuat ke atas BN khususnya apabila pakatan pembangkang membuat pelbagai tuduhan dengan tujuan menghancurpunahkan, perlu diingat bahawa landasan yang paling kukuh adalah kembali kepada asas dan perjuangan iaitu mendukung cita-cita kebangsaan demi masa hadapan.
Dengan berpegang kepada asas dan prinsip dalam perjuangan politik yang tentunya penuh dengan liku dan cabaran, tentunya setiap anggota di dalamnya tidak akan sanggup mengorbankan masa depan parti yang secara langsung adalah masa hadapan kepada generasi akan datang.
Dalam hal ini, tidak kiralah apa yang terjadi sekalipun, perjuangan dan parti janganlah diketepikan lantaran kepentingan diri sendiri ekoran ketidakpuasan hati yang dirasa hinggakan sanggup mengambil tindakan keluar dari parti dan menubuhkan parti lain atau memberikan sokongan kepada seteru yang sebelum ini banyak memperlekehkannya.
Mengambil contoh daripada sejarah politik negara yang pernah berlaku, sememangnya kelahiran PAS yang sehingga kini menjadi pembangkang tiada arah tuju juga adalah ekoran daripada ketidakpuasan pemimpin tertingginya yang kecewa setelah tewas dalam pemilihan parti.
Lihat sahaja bagaimana Haji Ahmad Fuad yang diberi amanah menangani hal ehwal berkaitan agama Islam dalam UMNO telah kalah kepada Tunku Abdul Rahman dalam merebut jawatan Yang Dipertua UMNO pada tahun 1951. Ini menyebabkan Haji Ahmad Fuad bertindak meninggalkan UMNO dan menubuhkan PAS. Biarpun PAS telah menjadi pembangkang sejak sebelum kemerdekaan lagi namun parti tersebut tetap gagal menumbangkan UMNO yang menjadi tunjang kerajaan.
Begitu juga dengan DAP yang tertubuh ekoran kekecewaan kerana tidak bersetuju dengan idealogi Perikatan-UMNO lantas telah membuka cawangan PAP iaitu serpihan daripada People’s Action Party di Singapura apabila negara terbabit berpisah dari Malaysia.
Parti lain yang lahir ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan pemilihan dan kecewa kerana tidak mendapat tempat ialah Semangat 46 yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1987.
Puncanya adalah sama iaitu gagal menewaskan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk jawatan tertinggi parti.
Kemudiannya, parti yang turut lahir ekoran rasa kecewa setelah gagal memegang tampuk pentadbiran dan jawatan nombor satu dalam parti ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga mantan Timbalan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal meraih impiannya pada tahun 1998.
Sehingga kini, Anwar tetap kekal dengan angan-angannya dan masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri biarpun dengan memperalatkan rakyat, menggadai bangsa dan menjual agama sendiri.
Lantaran untuk menyokong impian palsu tersebut, Anwar terbukti terus merencanakan pelbagai agenda termasuklah cubaan menarik ahli-ahli dan para pemimpin BN menyertainya namun malangnya, cubaan tersebut gagal dilakukan.
Namun Anwar yang terkenal licik melakukan agenda lain apabila beralih kepada bekas-bekas pemimpin dalam BN dengan ditawarkan imbuhan tertentu termasuk jawatan-jawatan penting sekiranya PKR dapat merealitikan impian menjadi Kerajaan.
Justeru, tidak hairanlah ada di antaranya mereka yang kecewa ekoran gagal mendapat jawatan semasa dalam BN turut terpengaruh lantas menyokong idealisme Anwar seperti bekas menteri yang gagal mendapat tempat iaitu Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng.
Sebagai pejuang sejati, perlu diselami matlamat perjuangan lantas, jika benar ada kesongsangan atau kesilapan dalam parti yang didukung, sewajarnya perbetulkanlah melalui permuafakatan dan persaudaraan tanpa perlu adanya pecah belah, fitnah memfitnah dan caci maki yang hanya akan memburukkan keadaan.
Namun apabila pangkat, kedudukan dan kuasa yang menjadi taruhan maka tentunya soal benar atau salah telah dikesampingkan lantas musuh yang dahulu dikutuk dan dikata boleh menjadi kawan.