Khamis, 5 Januari 2012

Sifat Redha _ Hayatilah demi Agama , Bangsa dan Negara

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah swt

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang

diberikan oleh Allah swt baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau

sesuatu ketentuan daripada Allah swt.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah swt. yang diberikan kepada manusia.

Redha menerima ketentuan Allah swt tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah swt

Redha menerima hukum-hukum Allah swt adalah merupakan manifestasi daripada

kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah swt kerana

menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa

terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira

dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah swt dan Rasulnya adalah

memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan

yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya

berikan kepada mereka sambil mereka berkata,' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan

Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".

( Surah At Taubah : 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah swt baik yang wajib mahupun yang sunnah,

hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-

larangan Allah swt. hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah swt. Redha itu bertentangan dengan sifat

dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima

hukum-hukum Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud :

" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada

orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami

akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia

mereka ".

(Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka

ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah

gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima

hukum Allah swt, yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah

berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu

katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana

sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .

(Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah swt Ketika mendapat

kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian:

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah swt memastikan

terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta.

Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah swt itulah yang

paling baik, dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan

diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi

seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali

bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya ,

dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".

( Riwayat Muslim )