Ahad, 11 Mac 2012

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:




* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).




Sebagai Rakyat yang berpegang denganprinsip perjuangan meski pun tidak melalui detik perjuangan menuntut kemerdekaan janganlah sesekali lupa sejarah. Kita mahluk ciptaan Allah dimuka bumi ini mempunyai tanggungjawab untuk menterjemahkan kemerdekaan ini kepada generasi yang seterusnya. Lupa kan sengketa , lupakan hasad dengki usah pandang ke belakang , berikanlah kepercayaan dan mandat kepada YAB Perdana Menteri untuk meneruskan usaha-usaha murni beliau. Bumi mana yang tak timpa hujan begitu lah juga dengan negara kita. Jangan sesekali digadaikan maruah kita berbangsa Melayu ini bersatulah kearah perpaduan dan kemakmuran.

Pemimpin datang dan pergi maka ditangan kita sebagai penggundi bakal menentukan corak pemerintahan yang bakal ditempuhi. Apakah dek kerana nila setitik maka susu sebelanga hendak dirosakkan. Fikir - fikirkan lah , timbang -timbangkan lah.

1 ulasan:

  1. Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita’rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam di bawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya
    berdasarkan undang-undang.

    BalasPadam