Sabtu, 3 Mac 2012

PROGRAM MESRA JIRAN JASA MENEPATI KEHENDAK SEMASA

Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu
menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak mendapat jiran yang menjaga haknya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berbuat baiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati)."
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, "Bimbingan Mukmin" menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.
Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.
Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya. Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya
Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan