Selasa, 7 Jun 2011

CATITAN DARI KITA GEMPUR

1- Perlantikan Mat Sabu sebagai orang no 2 dalam Parti SeIslam Malaysia. Moral beliau yang pernah di tangkap khalwat dilupakan terus oleh orang-orang PAS selepas pemimpin PAS lain berjaya meyakinkan Mat Sabu bagus. Kenapa? Kerana taksub dengan Sheikh Anu Besar kononnya PR akan ke Putrajaya dan mereka bakal menjadi Menteri.

2- Kenyataan Hj Hadi ketika ucap tama bahawa " belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' " sebenarnya helah untuk menyelamatkan nyawa ulama ikan PAS sekiranya keputusan memihak kepada golongan Erdogan.

3- Kepimpinan Ustaz Nasha ditolak kerana dikatakan memihak kepada rancangan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Beliau adalah halangan terbesar golongan Erdogan yang pro Sheikh Anu Besar dan perlu di cantas.

4- Husam Musa dilantik kembali sebagai Naib Presiden. Anak Emas N.Ajis ini akan dijadikan sebagai pengganti N.Ajis di Kelantan dan bermakna kepimpinan ulama di Kelantan akan terkubur secara perlahan-lahan.

5- Gerak kerja 3 Naib Presiden bukan kepada gerak kerja ulama kerana mereka terkenal dengan sikap berdemonstrasi iaitu budaya yang diwujudkan oleh Sheikh Anu Besar.

6- 10 daripada 18 AJK Pusat yang dilantik adalah golongan mereka yang lebih mementingkan kuasa daripada mempertahankan hala tuju PAS itu sendiri. Contoh- Mazlan Aliman, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli dan Dzulkefly Ahmad.

7- Penolakan perwakilan terhadap ulama untuk jawatan Naib Presiden adalah isyarat jelas bahawa mereka lebih taksub kepada DAP dan PKR dalam mendapatkan kuasa.

8- Demi menjaga hati DAP dan PKR, PAS telah jauh menyimpang dari hala tuju sebenar parti dalam memperjuangkan negara Islam.

9- Presiden PAS akan menjadi seperti bonek di dalam PAS. Segala keputusan berlandaskan kepimpinan ulama akan ditolak secara mentah-mentah

10- Pemilihan kali ini jawatan Presiden tidak ditandingi untuk mengelakkan perpecahan tetap pada pemilihan PAS akan datang jawatan Presiden akan ditandingi oleh golongan Erdogan dalam memastikan kepimpinan ulama akan disingkirkan terus dalam PAS.

Islamkah PAS Selepas Ini? Apa perjuangan PAS selepas ini?