Khamis, 6 Januari 2011

APA JUA RINTANGAN DAN DUGAAN KEMBALILAH PADA JALAN ALLAH

إِنـَّا ِللَّـهِ وَإِنـَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ،
اللَّّـهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْ
هَا
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali (pada hari kiamat). Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan lebih baik (dari musibahku)

اللَّـهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَ بِمَعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ،
وَ أعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
‘Ya Allah, Aku memohon perlindungan dengan keredhaanMu daripada ditimpa kemurkaanMu,dan aku memohon dengan keafiatanMu dari ditimpa hukumanMu,dan aku memohon perlindunganMu. Aku tidak mampu untuk membuat pujian ke atasMu sebagaimana Engkau memuji DiriMu sendiri.

.....amin ya rabbal 'alamin.
(sempena ulang tahun kelahiran ku hari ini)

Rabu, 5 Januari 2011

KEMPEN KESEDARAN SEMASA

Penyakit yang sering melanda masyarakat kita , suka menghasut dan menabur fitnah. Terkini seumpama 'virus' yang diharapkan menjadi penyakit yang boleh merebak dengan pantas dengan tiada sifat yang bertanggungjawab menuduh hamba Allah ini melakukan perbuatn keji bersama amahnya dan konon berlaku bertahun sudah.
Persoalannya kini kenapa saat dan ketika ini dipermainkan satu watak yang cukup memalukan dalam sketsa kehidupan insan yang begitu disegani dan dihormati ini. Apakah sudah hilang pertimbangan mereka-mereka yang tergila-gila kuasa untuk memerintah negara.
Marilah kita renung sejenak dan bukalah ruang untuk muhasabah diri sebagai perisai agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan mereka yang hendak memecah belah keharmonian antara kita :

Setiap Muslim tidak boleh terima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu. Bagi pengikut mana-mana individu, apabila berhadapan dengan fitnah hendaklah mereka bertenang dan tidak bertindak melampau. Sebagai manusia kita bukan maksum (terpelihara daripada dosa). Malah, apabila berlaku kematian kita menyebut Inna Lillahi wa Inna Ilaihirajiiun (dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali). Apabila mendapat nikmat pula kita menyebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Mereka yang tunjukkan reaksi bukan menunjukkan sifat Muslim yang ideal. Bukanlah langsung kita tidak boleh bereaksi spontan seperti rasa marah. Yang dilarang ialah rasa marah yang berpanjangan. Sebabnya apabila emosi menguasai, kita tidak lagi menggunakan akal. Sedangkan yang sepatutnya akal menguasai emosi atau nafsu manusia. Yang perlu kita ingat adalah apabila Allah turunkan bala, ia akan mengenai semua orang sama ada yang melakukan maksiat atau orang yang beriman. Firman Allah: Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksa-Nya. (al-Anfal : 25)

Dalam pada itu, media arus perdana yang mementingkan kebenaran berita perlu lebih komited. Ini supaya boleh menjiwai arus media yang begitu kuat pengaruhnya dalam masyarakat sekarang. Ini tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata. Dalam keadaan sekarang, setiap orang terdedah kepada keburukan yang terhasil akibat kebebasan maklumat tanpa kawalan. Hanya mereka yang kukuh imannya akan selamat.