Ahad, 22 April 2012

Dalam perkara kebaikan dan ketaatan rakyat wajib mentaati pemerintah untuk menjaga perpaduan ummah.

Oleh kerana bangkangan politik dalam Islam merupakan satu tugas yang besar dan berasaskan kepada konsep amr ma`ruf dan Nahi mungkar, para ulama telah menggariskan beberapa adab yang mesti menjadi hiasan para pembangkang politik di antaranya :


1. Mengikhlaskan niat untuk mencari keredhaan Allah dan menyedari bahawa bangkangan ini dilakukan demi menunaikan kewajipan ilahi.

2. Mempunyai ilmu yang boleh membezakan manakah perkara yang di larang dan diperintah agar tidak berlaku bangkangan dalam perkara ma`ruf dan mendiamkan diri dalam perkara kemungkaran.

3. Bangkangan atas asas nasihat beragama. Bukan kerana nak kuasa.Sabda baginda : “ Agama itu nasihat”. Para sahabat bertanya : untuk siapa?”. Jawab baginda : “ Untuk Allah, untuk RasulNya, untuk pemerintah Islam dan Rakyat”.

4. Bangkangan yang dibuat atas dasar kasih dan sayang kepada pemerintah Islam demi kebaikan Islam dan umatnya.

5. Sentiasa berdoa agar Allah memberi taufiq kepada para pemerintah untuk kembali bertaubat kepada Allah.

6. Memulakan dengan ungkapan yang lembut sebagaimana firman Allah kepada Musa dan Harun ketika diarahkan untuk berdakwah kepada Firaun: “ Pergilah kamu berdua kepada Firaun kerana dia amat melampaui batas. Seterusnya ucapkanlah oleh kamu berdua kata-kata yang lembut mudah-mudahan dia mengambil peringatan atau merasa takut”. Toha : 43-44,

7. Berhikmah dalam mengatur strategi. Hikmah ertinya kebijaksanaan melakukan tindakan berasakan suasana dan situasi. Sekiranya situasi menuntut keras perlu bersikap tegas manakala jika situasi menuntut berlembut menggunakan kelembutan. Firman Allah : “ Serulah kamu ke jalan Tuhan kamu dengan penuh hikmah dan nasihat yang baik”.an Nahl :125


8. Jangan takut kepada ancaman sepertimana sabda baginda “ dan janganlah takut kepada celaan orang yang mencela”. Dan sabda baginda “Berkatalah benar meskipun ianya pahit”.

Bagi para pemerintah pula perlu berlapang dada dan beramal dengan konsep bangkangan yang telah digariskan oleh Umar al Khattab selaku khlaifah Islam yang kedua: “ Tidak ada kebaikan kepada kamu jika kamu engan nyatakan bangkangan kamu. Dan tidak ada kebaikan pada kami jika kami enggan mendengarnya”.

Justeru bangkangan tidak hanya terhad kepada politik kepartian malah ia perlu mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat dan setiap individu.

Dipetik dari Fitrah Islami Online


Wallahu’alam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan