Ahad, 11 Mac 2012

ABU UBAIDI: Lynas : Fakta Vs Autaa

ABU UBAIDI: Lynas : Fakta Vs Autaa: Pendedahan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga ahli Parlimen PAS mendakwa selama ini Ahli Parlimen PKR Kuantan Fauziah Sall...

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:




* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).




Sebagai Rakyat yang berpegang denganprinsip perjuangan meski pun tidak melalui detik perjuangan menuntut kemerdekaan janganlah sesekali lupa sejarah. Kita mahluk ciptaan Allah dimuka bumi ini mempunyai tanggungjawab untuk menterjemahkan kemerdekaan ini kepada generasi yang seterusnya. Lupa kan sengketa , lupakan hasad dengki usah pandang ke belakang , berikanlah kepercayaan dan mandat kepada YAB Perdana Menteri untuk meneruskan usaha-usaha murni beliau. Bumi mana yang tak timpa hujan begitu lah juga dengan negara kita. Jangan sesekali digadaikan maruah kita berbangsa Melayu ini bersatulah kearah perpaduan dan kemakmuran.

Pemimpin datang dan pergi maka ditangan kita sebagai penggundi bakal menentukan corak pemerintahan yang bakal ditempuhi. Apakah dek kerana nila setitik maka susu sebelanga hendak dirosakkan. Fikir - fikirkan lah , timbang -timbangkan lah.

Khamis, 8 Mac 2012

Buat Tatapan Pada hari Jumaat Yang mulia Ini

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan". [49:1-18]

Saya nukilkan disini   sebagai peringatan kepada diri sendiri dan kepada pembaca agar kita sama sama bermuhasabah diri .... perjalanan kita mengikut ketentuan masing-masing tetapi peradapan kehidupan boleh kita susun dan rancang dengan izin Allah SWT.

Sabtu, 3 Mac 2012

PERSAUDARAAN MEMBINA KEKUATAN UMMAH

Semua umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan itu satu nikmat yang diberi oleh Allah untuk menguji kekuatan dan kelemahan umat
Islam. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah , yakni agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu dahulu, yakni di masa jahiliyah ketika kamu bermusuh-musuh maka Allah menjinakkan di antara hati kamu lalu jadilah
kamu kerana nikmah Allah itu orang-orang yang bersaudara"
Justeru itu tidaklah munasabah umat Islam yang berada dalam satu qariah yang subur dan jinak ini membenci satu sama lain, lantaran
berlainan kehendak dan fahaman. Persaudaraan itu satu limpah kurnia Allah yang tidak tertanding nilainya. Jadi sama-samalah umat
Islam itu memupuk persaudaraan sesama Islam . Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud:
"Dialah yang mempersatukan hari orang-orang yang beriman walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi
nesacaya kamu tidak akan dapat mempesatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Oleh itu persaudaraan dalam Islam adalah berteraskan kepada:
dibina atas asas yang ikhlas kepada Allah
(Catitan yang ku pinjam agar tidak alpha dan leka)

PROGRAM MESRA JIRAN JASA MENEPATI KEHENDAK SEMASA

Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu
menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak mendapat jiran yang menjaga haknya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berbuat baiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati)."
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, "Bimbingan Mukmin" menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
Hendaklah seseorang itu memulakan memberi salam kepada jirannya.
Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya.
Jangan terlalu banyak bertanya tentang hal ehwalnya.
Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya.
Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada dirinya. Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik
Bersedia menolong jiran yang ditimpa bencana Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya
Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk memburuk-burukkan jiran.

MENGAPAKAH UMAT ISLAM TERUS TEWAS
Umum mengakui bahawa umat Islam hari ini terus tewas dan tertinggal dalam banyak lapangan.Mereka miskin di negara sendiri,bahkan
ditindas oleh orang bukan Islam. Orang Islam dipandang rendah oleh bukan Islam.
Dalam Al Quran,tuhan telah menggariskan petunjuk untuk mereka mencapai kejayaan. Tetapi umat Islam sendiri tidak mengikutinya
menyebabkan kita kehilangan sebab untuk Allah memberikan pertolongan..
1.Firman Allah:
"Dan adalah hak kami memberi pertolongan kepada orang yang beriman" Ar Rum ayat 47.Hakikat yang wujud hari ini ialah
orang Islam lemah iman dan tidak kukuh pegangan kepada Allah.Dengan itu tidak menjadi sebab bagi Allah membantu kecuali
sebahagian dari mereka sahaja.
2.Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka" Ar Ra'ad ayat 11.Ayat ini merujuk kepada usaha yang diperlukan secara bersungguh-sungguh dan penuh dengan
perancangan dan strategi untuk menjadi sebab bagi Allah memberikan pertolongan dan kejayaan.Apakah ada orang yang tidak
menanam tetapi mendapat hasilnya?
3.Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang membelaNya." Al Hajj ayat 40 Allah menghendaki hambanya melakukan
pengorbanan harta,tenaga,fikiran bahkan nyawa untuk menegakkan Islam.Keenganan umat Islam hari ini untuk berkorban telah
menyebabkan mereka tidak mendapat pertolongan Allah.Mereka lebih sayangkan harta mereka untuk digenggam erat,masa
mereka untuk mereka berehat,tidur dan bersenang-senang,berbual-bual,tidak mahu membantu pada tugas dijalan Allah dan
sebagainya.Keadaan ini sama seperti
firman Allah:"Bahawasanya yang ada jalan untuk dicela itu ialah orang-orang yang meminta diri menunjuk keberatan
kepadamu,pada hal mereka itu mampu.Mereka senang duduk bersama orang yang tinggal di belakang(tidak berjihad)dan Allah
telah mengunci hati mereka,maka mereka tidak mengetahui akibat perbuatan mereka. At Taubah ayat 93
Kesimpulannya ternyatalah bahawa Allah akan hanya membantu umat Islam jika seandainya mereka teguh beriman,gigih berusaha dan
sanggup pula berkorban harta,masa dan tenaga dalam kerja di jalan Allah.Perhatikan firman Allah:
"Sesungguhnya telah kami tuliskan dalam kitab Zabur,sesudah peringatan,bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang
soleh" Al Anbiya' ayat 105
Jelaslah bahawa kejayaan umat Islam di sisi Allah itu mestilah melalui tiga hal iaitu teguh beriman,gigih berusaha dan sanggup
berkorban; hingga mereka menjadi hamba yang soleh.Setelah itu,InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan atas anugerah Allah Yang
Maha Besar.
Renungkanlah saudaraku,apakah kita telah mempunyai sifat yang disebutkan dalam meniti hidup hari ini?Aatau kita hanya melengkapkan
diri dengan sijil dan kekuatan tenaga serta pangkat untuk kita katakan sebagai kejayaan dan kebahagiaan.Kita adalah dari Allah,Allah
yang menetapkan peraturan bagi kita,Allah juga yang menetapkan kejayaan dan kebahagiaan.Kalau kebahagiaan dan kejayaan yang kita
katakan telah kita capai,sedangkan ia tidak selari dengan ciri yang ditetapkan oleh Allah,maka kejayaan kita itu hanyalah satu khayalan
dan mimpi indah semata.
WALLAH HU ALAM