Selasa, 9 Ogos 2011

HIKMAH KITA BERPOLITIK TETAP BESAUDARA

Bohonglah sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak mahu melihat saudara sebangsa dan seagama dalam PAS insaf dan kembali ke perjuangan Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengeliru dan menyesatkan umat Islam.


Perbuatan sesetengah pemimpin dan ahli PAS yang suka mengeluarkan kenyataan dan dakwaan sembrono berupa fatwa yang melibatkan akidah, syurga dan neraka dilihat semakin melampau dan diluar batas intellectual yang sihat lebih-lebih lagi bila dah dekat Pilihanraya.


Tindakan para pemimpin PAS yang mengatakan sokongan kepada parti mereka akan dijanjikan syurga dan sebaliknya masuk neraka jika mengundi UMNO-BN perlu dihentikan kerana ia adalah sangat sesat lagi menyesatkan. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dengan pendirian tersebut?


Tidak rugi rasanya sekiranya kita berdoa dan berharap saudara sebangsa dan seagama yang masih berada dalam PAS insaf dan kembali ke pangkal jalan memperjuangkan Islam yang sebenar dan syumul bukan dengan cara busuk dan kotor begitu.


Mana mungkin proses pilihanraya dan percaturan politik disamakan dengan dengan konsep syurga dan neraka, perbuatan tersebut adalah sesat kerana boleh mengelirukan rakyat kerana menyamai perbuatan golongan atau puak kawaraji selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan